Kaji semula pembaharuan lesen Lynas: Anwar

Iklan
Anwar mengadakan pertemuan dengan pimpinan PH Wilayah Persekutuan dan NGO di Kompleks Darul Puteri, Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR - Kerajaan wajar mengkaji semula keputusan memperbaharui lesen operasi kilang nadir bumi, Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) di Kuantan, Pahang.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan juga perlu merunding semula syarat yang membenarkan Lynas meneruskan operasinya.

Iklan
Iklan

"Saya menyokong segala usaha untuk kerajaan mengkaji semula keputusan itu. Saya fikir rundingan itu perlu diselesaikan secara bijak dan efektif.

"Saya percaya ia rundingan boleh dilakukan dengan menambah baik syarat antara rakyat dan kerajaan. Mereka perlu benarkan rundingan," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan pimpinan Pakatan Harapan (PH) Wilayah Persekutuan dan badan bukan kerajaan (NGO) di sini hari ini.

Iklan

Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA) telah memperbaharui lesen operasi Lynas untuk tempoh enam bulan lagi berserta dengan beberapa syarat penting.

LPTA dalam satu kenyataan berkata, antara syarat utama adalah syarikat itu perlu mengemukakan perancangan bagi pembinaan kemudahan 'Cracking and Leaching' dan Kemudahan Pelupusan Kekal (PDF).

Iklan

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut mempertahankan kajian pakar bahawa sisa kilang Lynas tidak berbahaya.

ARTIKEL BERKAITAN Lesen Lynas diperbaharui dengan syarat