Ajar khasiat minyak sawit di sekolah rendah

Iklan
Teresa Kok meluangkan masa melihat pameran yang disertai sekolah-sekolah sekitar Kuala Lumpur pada Majlis Penutup Karnival Pendidikan Komuniti Penglibatan Ibu Bapa Komuniti dan Swasta (PIBKS) dan Eksplorasi Universiti Multimedia (MMU) dan Sayangi Sawitku di MMU hari ini. -Foto Bernama

CYBERJAYA - Menteri Industri Utama Teresa Kok berkata pendidikan mengenai khasiat minyak sawit perlu dimulakan seawal peringkat sekolah rendah untuk melengkapi usaha menteri-menteri Kabinet dalam mempromosikan minyak sawit di kementerian dan agensi masing-masing.

Beliau berkata semua pihak termasuk media perlu bersama-sama menyebarkan maklumat tentang khasiat dan kebaikan minyak sawit bagi membantu komoditi itu yang kini diancam propaganda anti-minyak sawit oleh negara Eropah.

Iklan
Iklan

"Saya difahamkan perlunya semak semula kurikulum, dan barulah semua ini (silibus tentang minyak sawit) dimasukkan (dalam buku teks).

"Saya kurang sabarlah, saya berharap semua ini boleh dipercepatkan kerana sekarang kita sedang menghadapi perang perdagangan dengan negara-negara barat yang menyebarkan tohmahan terhadap minyak sawit kita," katanya kepada media selepas menyempurnakan majlis penutupan Karnival Pendidikan Komuniti dan Sayangi Sawitku, di sini hari ini.

Iklan

Kok berkata masih ramai rakyat Malaysia yang kurang pendedahan tentang kebaikan dan kegunaan minyak sawit.

"Saya diberitahu ada pekebun sawit yang membeli minyak masak dari Eropah sedangkan Eropah sendiri menyekat minyak sawit kita daripada masuk ke pasaran mereka.

Iklan

"Sebab itu, ini semua kita perlu betulkan. Pihak media juga boleh mainkan peranan untuk selalu masukkan tentang (khasiat) minyak sawit untuk disebarkan kepada pembaca dan penonton," katanya. -Bernama