Pelawaan Dr Mahathir ke arah kesatuan ummah: Rais Hussin

Iklan
Rais Hussin

SHAH ALAM - Pelawaan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya semua parti Melayu Islam bersatu menggambarkan satu permulaan yang baik ke arah ummatan wahidah atau kesatuan ummah.

Ketua Dasar dan Strategi Bersatu, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff berkata, orang Melayu Islam perlu kembali semula kepada perkara asas itu namun malangnya golongan itu lebih gemar berpecah.

Iklan
Iklan

"Kita perlu kembali semula ke perkara pokok seperti yang selalu saya kata iaitu ummatan wahidah tapi malangnya yang cukup kuat dengan pendekatan ini bukanlah orang Melayu Islam sendiri kerana Melayu Islam ini suka berpecah.

"Saya sendiri tidak faham bagaimana ia boleh berlaku padahal di dalam al-Quran telah disebut perkara itu," katanya dalam Wacana Sinar: Melayu Islam Pasca PRU15 di sini hari ini.

Iklan

Menurutnya, apa yang perlu dilakukan oleh orang Melayu Islam pada masa kini adalah melupakan perbezaan agar kesatuan ummah agar hak orang Melayu Islam terus terpelihara tanpa sebarang gangguan.

"Bagi saya buat masa sekarang kita perlu melupakan perbezaan kita, mungkin kita mempunyai kaedah berbeza tapi tujuan kita sama. Banyak kali disebut Tun Mahathir sendiri menerusi beberapa perjumpaan tertutup di mana beliau bimbang apa yang perlu kita buat untuk kuatkan orang Melayu.

Iklan

"Sebab itu bila ada usaha untuk bersatu ia perlu disokong kerana ia sesuatu yang menuju kepada ummatan wahidah tapi bagaimana kita mahu bersatu. Jadi marilah kita bersama-sama bertekad untuk mewujudkan satu suasana ummatan wahidah daripada kita saling membangkang dan akhirnya tidak ada yang menang tapi yang menang pihak lain," katanya.