Mahu bercerai gara-gara ladu

Iklan
Gambar hiasan

UTTAR PRADESH - Seorang lelaki dari daerah Meerut di Uttar Pradesh mahu bercerai atas alasan isterinya hanya memberinya makan ladu.

Lelaki berkenaan mendakwa, isterinya yang menuruti arahan seorang bomoh hanya memberinya makan empat biji ladu di waktu pagi dan empat biji lagi di waktu petang.

Iklan
Iklan

Si suami berkata, dia tidak diberi atau dibenarkan makan makanan lain.

Menurut si suami, dirinya menderita sakit untuk beberapa ketika dan isterinya mengambil keputusan menemui seorang bomoh.

Iklan

Bomoh itu kemudian mengarahkan si isteri untuk hanya memberi suaminya makan ladu.

"Pihak kami boleh memanggil pasangan tersebut untuk sesi kaunseling, namun kami tidak mampu mengubah kepercayaan si isteri bahawa hanya ladu itu yang mampu mengubati suaminya," kata seorang pegawai kaunseling.

Iklan

Difahamkan, pasangan tersebut telah berkahwin selama 10 tahun dan mempunyai tiga orang anak. - Agensi