SEBELUM ini kecoh seorang pemuda Karna Radheya atau nama sebenarnya Nur Khamid dari Bali, Indonesia gara-gara menikahi seorang wanita persis Paris Hilton iaitu Polly Alexandria Robinson, 21, dari Manchester.
Pernikahan pasangan itu juga tular di media sosial setelah rakaman berdurasi 13 saat memaparkan pernikahan mereka di Jawa Tengah pada 16 Disember lalu telah dimuatnaik di Facebook Eris Riswandi meraih 758,950 tontonan.
Menerusi video itu, perkahwinan mereka berlangsung secara sederhana dan Polly telah memeluk Islam enam bulan lalu.
Namun, tidak sampai sebulan bernikah, tiba-tiba sahaja gadis itu meninggalkan Bali dan juga Nur Khamid dan kembali Manchester.
Bagaimanapun bukan kerana rasa cinta sudah berkurang, sebaliknya demi menyambung kembali pengajiannya, Polly terpaksa meninggalkan suami kesayanganya itu di Bali.
Malah Polly turut meluahkan rasa cinta dan rindunya kepada suami tersayang menerusi Instagram (IG) miliknya.
"Anda tahu cinta sejati apabila, tidak kira seberapa jauh jaraknya, dia masih boleh membuat anda tersenyum. Saya sangat bersyukur kerana setiap masa yang dihabiskan bersama anda, dan saya bangga untuk kembali ke England bagi menamatkan tahun akhir universiti saya kerana ia akan membantu menciptakan sesuatu yang indah di masa depan kita.
"Aku mencintaimu suamiku. Terima kasih Indonesia, anda telah menjadi sebahagian daripada perjalanan kami dan sampai jumpa di 2019," tulisnya.
Malah dalam perkongsian berlainan pula, Polly turut mengimbas kembali ketika awal pertemuan dengan suaminya itu.
"Kali pertama kami berjumpa, Nur menemui saya di sebelah lautan dan (selepas beberapa percubaan) meyakinkan saya untuk makan tengah hari dengannya. Ia adalah keputusan terbaik yang saya buat. Dia mengajar saya bahawa ketakutan adalah perkara yang menghalang kita daripada bahagia dan melihat perkara-perkara indah yang ada di dunia ini. Anda perlu ketakutan jika anda benar-benar mahu menjadi benar-benar gembira," tulisnya.
Rata-rata pengikut mendoakan pasangan ini terus berkekalan meskipun kini tinggal berjauhan dan kembali menetap bersama.