Penagih dadah dirayu serah diri untuk dipulihkan

Iklan
Acryl Sani (kanan) menyematkan sayap penerbangan kepada Zulkifli.

IPOH - Orang ramai yang bermasalah dengan penagihan dadah dirayu untuk menyerah diri secara sukarela untuk dipulihkan.

Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Datuk Sri Zulkifli Abdullah berkata, perkara berkenaan secara keseluruhannya akan memudahkan lagi proses pemulihan yang dibuat kelak.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kerjasama daripada komuniti dilihat penting untuk menarik golongan ini untuk menyerah diri.

"Kita nak bantu, kalau mereka dapat tampil secara sukarela, ia akan mudahkan berbanding jika kita tangkap.

Iklan

"Kita harap media dapat bantu yakinkan masyarakat bahawa AADK dan agensi-agensi lain sedia membantu.

"Penagih dadah adalah pesakit. Kita bantu dapat rawatan pemulihan, tetapi kalau masih enggan kita akan bertindak gunakan perintah mahkamah," katanya.

Iklan

Zulkifli berkata demikian pada sidang media sempena Pelaksanaan Projek Rintis di 12 Kawasan Berisiko Tinggi di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara (PLPGU) serta Penutupan Kursus Pengurusan Pemantapan Media Sosial Ke Arah Kecemerlangan Organisasi AADK 2013 Ipoh, Perak hari ini.

Pada majlis berkenaan, Zulkifli turut menerima Sayap Penerbangan yang disampaikan oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Polis Diraja Malaysia, Datuk Sri Acryl Sani Abdullah Sani setelah menamatkan kursus penerbangan di PLPGU selama dua tahun.

Sementara itu, Zulkifli berkata, selain membantu merawat penagih dadah projek rintis yang dilaksanakan di 12 kawasan melibatkan tujuh negeri itu bertujuan menangani masalah dadah secara total.

Bagaimanapun katanya, projek yang dijalankan mulai Julai lalu hanya mampu menarik seramai 61 penagih dadah untuk menyerah diri secara sukarela terutamanya dari kawasan-kawasan rintis berkenaan melibatkan Kuala Kedah, Felda Lubuk Merbau, Kuah (Kedah), Sungai Besar, Gugusan Felda Hulu Selangor, dan Petaling Jaya Selatan.

"Begitu juga di Desa Mentari, Taman Dato Harun (Selangor), Setapak (Wilayah Persekutuan), Felda Keratong 1,3,4 (Pahang), Perling, Tampoi, Skudai, Parit Sulong, Felada (Johor), Pengkalan Chepa (Kelantan) dan Kuala Dungun di Terengganu.

"Kita rayu lebih ramai yang dapat menyerah (penagih dadah) serah diri dan setakat ini kita ada 30 pemulihan dan daripadanya adalah pusat sukarela.

"Kalau ada keperluan kita harap kita boleh jadikan pusat pemulihan ini sebagai pusat sukarela," katanya.