LANGKAWI - Orang ramai di sekitar Telaga Habour Park berhampiran Pantai Kok di sini 'dikejutkan' dengan fenomena belalai air atau puting beliung kecil yang berlaku kira-kira 10 minit, pagi tadi.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Langkawi, Kapten (PA) Shahfikri Darus berkata, kejadian yang berlaku kira-kira 11 pagi itu turut disusuli dengan hujan lebat dan angin kencang.