JURNAL Persatuan Jantung Amerika Syarikat (AS) berkongsi, individu yang mengalami masalah insomnia atau gangguan tidur berisiko mendapat sakit jantung, strok dan penyakit jantung koronari.
Buktinya, hasil kajian terbaharu mendapati masalah gangguan tidur telah menyebabkan 30 peratus rakyat Amerika Syarikat berdepan penyakit jantung dan strok.
Menurut myhealth.gov.my antara punca berlakunya gangguan tidur itu termasuk:
- Gaya hidup – kerja syif yang kerap dan tidak teratur.
- Masalah-masalah fizikal seperti mengalami kesakitan, masalah pernafasan, kerap kencing waktu malam.
- Gangguan psikologikal atau penyakit mental contohnya skizofrenia, kemurungan, kebimbangan, stres dan lain-lain.
Sementara itu, memetik perkongsian @coachismailayu pula kurang tidur juga boleh menjejaskan metabolisme badan sekali gus menyukarkan proses menurunkan berat badan.
Justeru, bagi mengatasi masalah tersebut @coachismailayu berkongsi sembilan tip menerusi laman sosial Instagram.
Tip berkenaan ialah:
1- Bangun setiap hari waktu yang sama
2- Hadkan pengambilan kafein
3- Hadkan tidur siang
4- Biasakan diri bersenam
5- Hadkan aktiviti di atas katil
6- Jangan makan atau minum sebelum tidur
7- Kawal stres
8- Membaca al-Quran sebelum tidur
9- Tutup lampu bilik
Sumber: @coachismailayu