Polis nafi terlepas pandang bukti kes Nora Anne

Iklan
Setelah 10 hari hilang, akhirnya misteri kehilangan Nora Anne terjawab apabila mayatnya ditemui kira-kira 2.5km dari lokasi percutian bersama keluarganya di Resort The Dusun Pantai Hill di sini. - Foto Bernama

SEREMBAN - Polis menafikan pihaknya terlepas pandang dalam mengesan bukti-bukti semasa menjalankan siasatan terhadap kehilangan remaja Ireland, Nora Anne Quoirin,15, sebelum dia ditemui mati pada 13 Ogos lalu.

Timbalan Ketua Polis Negeri, Senior Asisten Komisioner Che Zakaria Othman berkata, siasatan secara menyeluruh daripada pelbagai sudut telah dilakukan oleh pasukannya, malah pasukan mencari dan menyelamat (SAR) juga telah memainkan peranan dalam membantu pihak polis.

Iklan
Iklan

"Kita menafikan dakwaan sesetengah pihak yang membuat laporan mengatakan pihak polis terlepas pandang dalam mencari bukti semasa siasatan kehilangan Nora Anne.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penutup Pertandingan Kawad Kor Kadet Polis Kontinjen Negeri Sembilan di Sekolah Latihan Polis dekat sini hari ini.

Iklan

Dalam pada itu, Che Zakaria turut memberitahu kes Nora Anne tidak akan ditutup malah siasatan lanjut mengenainya masih diteruskan.

Katanya, sebaik sahaja laporan rasmi hasil bedah siasat diterima, pihaknya akan membuat rujukan ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Iklan

Semalam, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Yusop menafikan dakwaan yang mengatakan keluarga Nora Anne bersubahat dalam kehilangan dan kematian remaja berkenaan, baru-baru ini.

Mohamad berkata, dakwaan tersebut adalah fitnah dan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengatakan ibu bapa remaja terbabit terlibat.

"Dakwaan itu adalah fitnah dan kita sudah buat laporan berhubung dakwaan itu.

"Kita nafikan, bagi kes kematian ini memang kita siasat, tapi tidak adalah kita kata ibu bapa remaja itu terlibat. Kita siasat atas fitnah tersebut," katanya kepada Sinar Harian menjawab satu hantaran yang dimuat naik di Facebook, peguam Anne Brennan yang didakwa menuduh keluarga Quoirin 'berusaha sedaya upaya' untuk 'mengganggu proses keadilan'.

Hantaran tersebut juga mendakwa ibu bapa gadis tersebut 'cabut lari' dari Malaysia sebaik sahaja menerima jaminan yang mereka tidak akan disiasat dalam kes terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis nafi dakwaan ibu bapa Nora Anne bersubahat