Gesa JAS kawal penerokaan tebing sungai

Iklan
Pak Din menunjukkan tebing sungai yang dahulunya dipenuhi pokok nipah dan bakau.

KUANTAN - Pengusaha akuakultur sangkar berharap undang-undang dan kawalan terhadap penerokaan tebing sungai oleh individu dan persendirian dapat diperketatkan.

Pengusaha yang mahu dikenali sebagai Pak Din, 64, berkata, ini kerana aktiviti golongan persendirian ini yang membina rumah terlalu dekat dengan tebing sungai, boleh menyebabkan pencemaran dan merosakkan ekosistem.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pemilik persendirian ini telah menebang pokok nipah dan bakau yang tumbuh di tebing sungai untuk membina rumah pekerja mereka.

"Saliran pembuangan atau longkang yang tidak dipantau juga memungkinkan mereka menjadikan sungai sebagai tempat pembuangan. Saya minta pantaulah dan perketatkan juga kepada pemilik individu.

Iklan

"Walaupun mereka bina satu rumah tapi kalau dah ada berpuluh puluh peneroka tanah tebing sungai, ia beri kesan juga kepada alam sekitar. Tengok pokok pokok nipah telah ditebang sesuka hati dan ini menyebabkan berlaku hakisan.

"Selain itu habitat seperti ketam nipah juga terjejas. Saya mohon Jabatan Alam Sekitar (JAS) pantau dan kawal perkara ini," katanya.

Iklan

Katanya lagi, perkara ini memang nampak macam tak ada isu sebab mereka ni bina sebuah-sebuah sahaja.

"Saya membawa pelancong luar menjalankam aktiviti menaiki bot dan memancing di pelantar sangkar.

"Sayang sekali apabila menelusuri sungai Pahang Tua, kita memperlihatkan pemandangan tebing sungai yang sudah tidak cantik lagi," katanya yang merupakan pengusaha perkhidmatan bot dan ikan sangkar di Kampung Gosong Cherok Paloh di sini.

Tinjauan Sinar Harian ke beberapa lokasi tebing Sungai Pahang Tua dan cabang Sungai Pahang di sini, mendapati banyak rumah seakan setinggan dibina di tebing manakala pokok pokok nipah telah ditebang.

Menurut Pak Din, rumah tersebut adalah rumah yang dibina oleh majikan kepada pekerja sangkar mereka.

Hadir sama, Pegawai Alam Sekitar dari Sukikawa Environmental Sdn Bhd, Mastura Mohd Nor yang mengambil sampel di enam lokasi air sungai tersebut.

Menurutnya, empat daripada enam sampel iaitu air sungai dan dua lagi sampel air masin yang akan diuji serta merta selain dibawa pulang ke makmal untuk ujian selanjutnya.

"Kita akan buat secara berkala, iaitu sebulan sekali dari hulu ke hilir sungai. Antara yang diuji ialah oksigen terlarut, tahap kemasinan air suhu dan kadar PH air," katanya.