'Trade-in' Proton Perdana beli Camry

Iklan
10 buah kereta jenis Toyota Camry yang diletakkan di Wisma Darul Aman sebelum diserahkan untuk kegunaan rasmi. Gambar kecil, Mukhriz.

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah mengambil keputusan untuk membeli 10 buah kereta baharu jenis Toyota Camry dengan menggunakan kaedah 'trade in' kereta lama jenis Proton Perdana selepas ada kenderaan tersebut yang mengalami kerosakan di tengah jalan.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, perbelanjaan bagi kos penyelenggaraan kereta-kereta lama berusia lebih lima tahun yang digunakan oleh exco dan bahagian pengurusan pentadbiran juga semakin meningkat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, beliau tidak melihat perkara tersebut sebagai perkara pelik kerana kerajaan-kerajaan negeri lain juga turut melakukannya.

"Ada kereta ini yang telah rosak di tengah jalan, maka kita rasa sudah sampai masanya ia perlu ditukarkan dengan kereta yang baharu.

Iklan

"Tapi apa yang kita lakukan adalah dengan 'trade in' kereta lama (Proton Perdana) tersebut, maka kos tersebut dapat dikurangkan," katanya kepada sidang akhbar di Wisma Darul Aman hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gambar-gambar kereta tersebut diletakkan di pusat pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah itu dan telah pun tular di laman media sosial.

Iklan

Jelasnya, menjadi tanggungjawab kerajaan negeri menyediakan kenderaan rasmi yang selesa dan selamat kepada semua exco-exco dalam menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik di seluruh negeri ini.

"Namun masih ada exco yang menggunakan kenderaan lama yang masih dalam berkeadaan baik dan boleh digunakan," katanya lagi.