IPOH - Pengusaha stesen minyak yang bertindak menutup stesen masing-masing tanpa kebenaran menjelang 1 Januari 2019 bakal berdepan tindakan termasuk tindakan mahkamah.
Ketua Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak, Shamsul Nizam Khalil berkata, arahan berkenaan selaras dengan pewartaan bahan api petrol dan diesel sebagai bahan kawalan berjadual di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
"Notis berhubung perkara berkenaan akan diedarkan ke semua stesen minyak di negeri demi memastikan tidak berlaku sebarang penutupan stesen tanpa kebenaran.
"Pengawai kita akan buat pemantauan dan pemeriksaan dari semasa ke semasa di semua stesen minyak di negeri ini demi memastikan bekalan sentiasa mencukupi untuk kegunaan orang ramai,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media ketika mengadakan pemeriksaan di Stesen Minyak Petron yang turut dihadiri pengurus stesen berkenaan, Norzalina Ishak di Jalan Raja Musa Mahadi di sini, hari ini.
Difahamkan, tujuan pemeriksaan berkenaan adalah berikutan isu kekurangan bekalan petrol dan diesel mulai 1 Januari 2019 yang tular di media massa baru-baru ini.
"Bagaimanapun, pemantuan dan pemeriksaan dijalankan mulai 27 Disember lalu di seluruh lapan cawangan KPDN HEP Perak.
"Hasilnya sebanyak 13 stesen di seluruh Perak didapati memiliki bekalan bahan api mencukupi melibatkan Diesel sebanyak 242, 307 liter, RON 95 (358,576 liter) dan RON97 sebanyak 105,365 liter,” katanya.
Shamsul Nizam berkata, pihaknya juga akan mengedarkan notis kepada semua 371 stesen minyak di negeri ini berhubung perkara berkenaan demi memastikan bekalan petrol dan diesel sentiasa ada dan mencukupi untuk jualan kepada pengguna.
"Kita akan pergi kerana kerisauan mereka (orang ramai) adalah pada 1 Januari. Kita akan pergi ke premis terlibat dan serahkan notis.
"Jika ada yang gagal patuhi notis dan berlaku shortage hingga menyebabkan penutupan stesen, kita akan ambil tindakan.
"Orang ramai yang juga ada maklumat, sila buat aduan kepada kita. Kita juga akan tempatkan seramai 187 pegawai di seluruh negeri untuk pastikan bekalan bahan api ini ada,” katanya.