Tya Arifin umum jantina anak dalam masa terdekat

Iklan
Tya
AKTRES, Tya Arifin, berkata, dia bakal mengumumkan jantina anak keduanya dalam masa terdekat ini.

Menurut menantu Datuk Seri Siti Nurhaliza ini, dia dan suaminya, Asyraf Khalid mengakui tidak kisah tentang jantina anak kedua yang dijangka lahir pada Mei 2019.

"Kami berdua okay sahaja, baik dikurniakan lelaki lagi atau perempuan pula, kedua-duanya syukur.

"Mengenai jantina anak itu nanti akan saya umumkan di media sosial dalam waktu terdekat ini," katanya kepada Sinar Harian.

Diajukan soalan mengenai proses bersalin, Tya memilih untuk bersalin secara normal sahaja berbanding kaedah pembedahan.

"Apapun yang terjadi nanti saya akan terima sahaja, andainya perlu melalui proses caesar (pembedahan) sebab mahukan yang terbaik untuk anak," ujarnya.

Untuk makluman, Tya dan suami berkahwin pada 1 November 2015 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Arif Jiwa yang berusia 1 tahun 8 bulan.