BANGALORE - Kapal angkasa India, Chandrayaan-2 telah memasuki orbit bulan semalam selepas memulakan perjalanan selama empat minggu bagi merealisasikan misi mendarat di bulan.
Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO) memaklumkan penyisipan orbit itu berjaya dilakukan seperti yang dirancang dengan menggunakan sistem pendorong kapal dan tempoh pergerakannya adalah 1,738 saat.