Umat Islam wajar pertahan Zakir Naik
Iklan
Abd Nasir
BALING - Umat Islam tanpa mengira ideologi politik sewajarnya bangkit bersama- sama bagi mempertahankan pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik dan menyokong usaha dakwah tokoh itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayu, Abd Nasir Idris berkata, beliau sedih melihat sikap sebahagian umat Islam di negara ini yang tidak bersatu dalam mempertahankan Zakir.
Iklan
Iklan
Menurutnya, keadaan berbeza apabila sebahagian mereka di negara ini bertindak kontra dan tindakan itu umpama mencemarkan maruah umat Islam.
"Zakir menjadi mangsa fitnah dan keadaan oleh pihak yang tidak senang dengan usaha-usaha baik dalam berdakwah dan mengembangkan syiar Islam.
Iklan
"Kita tidak mampu, orang lain pun tak mampu. Tetapi beliau berjaya menarik bukan Islam mengucapkan dua kalimah syahadah,"katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pekan Baling hari ini.
Terdahulu, Abdul Nasir bertemu penduduk Kampung Banggol Lada di sini.
Iklan
Beliau berkata, terdapat pihak cemburu dan tidak senang dengan usaha dakwah tokoh berkenaan mengislamkan ramai bukan Islam.
"Ini satu kejayaan besar. Ini tentunya dicemburui dan dimusuhi oleh orang yang tidak senang usaha beliau. Oleh kerana itu, saya mengharapkan semua yang cintakan agamanya, cintakan usaha dakwah supaya mempertahankan Zakir Naik," katanya.
Abd Nasir berkata, beliau yakin pendakwah kelahiran India itu tidak melakukan sebarang kesalahan di negara ini.
"Sebab itu beliau sebut dan minta maaf susulan kenyataan beliau yang didakwa menyinggung perasaan masyarakat bukan Islam. Mungkin ada sedikit salah faham berbanding 1,000 kebaikan dilakukannya. Tetapi sudah dihukum. Seolah-olah keadilan tidak wujud di negara kita," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Tindakan tegas Abdul Hamid tepat pada masa
Selain itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut mengeluarkan arahan kepada semua kontinjen negeri melarang Dr Zakir menyampaikan ceramah awam di seluruh negara.
Dr Zakir, dalam ceramahnya di Kota Bharu, Kelantan pada 3 Ogos lalu dilaporkan membuat kenyataan kontroversi mengenai penganut Hindu dan kaum Cina di Malaysia.
Beliau dilaporkan mendakwa penganut Hindu di negara ini lebih setia kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi, berbanding Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau juga dilaporkan membuat kenyataan kritis terhadap kaum Cina Malaysia dengan berkata mereka perlu terlebih dulu keluar dari negara ini sebagai respons kepada desakan supaya beliau diusir dari negara ini.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam