Wartawan The Star (Sheffield) UK dirompak ketika larian malam

Iklan
Ciapan Rahmah di Twitter miliknya memaklumkan dirompak dan telefonnya dicuri ketika berlari malam kelmarin.

UNITED KINGDOM - Seorang wartawan The Star (Sheffield) UK, Rahmah Ghazali dilaporkan dirompak ketika membuat aktiviti larian malam bersendirian di sini pada 20 Ogos (waktu tempatan).

Rahmah menerusi ciapan di Twitter menulis, 'GPS berhenti di sini kerana saya dirompak dan telefon turut dicuri. Nota kepada diri sendiri: Jangan berlari lagi pada waktu malam'.

Iklan
Iklan

Susulan itu, ciapan Rahmah yang juga merupakan bekas wartawan berpengalaman di negara ini mendapat pelbagai reaksi pengikut akaun Twitter miliknya yang bersimpati dengan kejadian yang berlaku.

Seorang pengikut dengan nama batcat menyatakan rasa terkejut dengan apa yang berlaku kepada Rahmah dan berharap polis dapat menangkap penjenayah terlibat secepat mungkin, selain turut berkongsi pengalamannya yang pernah dirompak ketika berada di UK sebelum ini.

Iklan

Sementara itu seorang pengikut lain, A Madzlan berharap Rahmah selamat selepas kejadian dan turut mengingatkannya untuk membawa penyembur lada sebagai langkah keselamatan pada masa akan datang.

Rahmah menerusi balasan ciapan kepada pengikut-pengikutnya memaklumkan dia selamat dan sudah membuat laporan polis berhubung kejadian.

Iklan

Ciapnya secara ringkas berhubung kejadian,"keadaan jalan tidak gelap sangat, ada lampu tapi benda nak jadikan....Tapi saya sempat lawan balik ketika dirompak, nasib baik dia tidak bersenjata, jika tidak keadaan pasti lebih teruk. Telefon boleh ganti, nyawa tak boleh...benda nak berlaku, redho je lah, ada hikmahnya tu."

Rahmah sebelum ini memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2008 dan pernah bekerja di Malaysiakini, Free Malaysia Today (FMT), New Straits Times (NST) dan The Star, selain pernah menjadi pegawai media kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng selama empat bulan

Beliau kemudiannya berhijrah ke luar negara kerana mengikut suaminya yang mendapat tawaran melanjutkan pengajian dalam bidang Sarjana di salah sebuah universiti di Sheffield pada September tahun lalu dan kemudiannya ditawarkan bekerja sebagai wartawan di The Star (Sheffield) UK.