ALOR SETAR - Gabungan Pelajar Semenanjung Malaysia (GPMS) Cawangan Kuala Kedah membuat laporan polis terhadap Gabungan Jawatankuasa Sekolah-Sekolah Cina (Dong Zong) atas sikap pertubuhan itu yang secara jelas menghasut, membudayakan persepsi negatif dan mengganggu gugat keharmonian kaum di negara ini.
Yang Dipertuanya, Amirul Syahir Musa berkata, pihaknya merasakan pertubuhan tersebut terus menerus memberi persepsi salah atas usaha dan dasar kerajaan khusus melibatkan isu seni khat dan tulisan jawi.