Bukan suka-suka potong peruntukan rakyat: MB Selangor

Iklan
Amirudin Shari

SHAH ALAM - Kerajaan negeri tidak berniat memotong sebarang peruntukan untuk rakyat di negeri ini sewenang-wenangnya.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata dakwaan tersebut adalah tidak berasas sama sekali kerana mereka yang menerima bantuan adalah yang terpilih dan benar-benar layak.

Iklan
Iklan

"Dulu kita tak ada kayu ukur, sekarang kita ada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bantuan Sara Hidup (BSH), dan E-Kasih Selangor.

"Jadi kita boleh periksa melalui itu untuk memastikan hanya yang layak sahaja dapat," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Avisena Womens and Children Specialist Hospital di Seksyen 14 di sini hari ini.

Iklan

Terdahulu pada 14 Ogos lalu, Setiausaha DAP Selangor, Ronnie Liu berkata terdapat beberapa perkara yang diputuskan oleh Amirudin sebelum ini telah menimbulkan pertikaian dalam kalangan pimpinan DAP antaranya melibatkan isu pengurangan peruntukan tahunan untuk kampung dan desa dan penghapusan beberapa skim bantuan rakyat.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek mempersoalkan tindakan Amirudin berikutan negeri Selangor memiliki rizab yang agak tinggi iaitu sekitar RM2.3 bilion.

Iklan

"Sebagai contoh, 13 kawasan kampung dan desa termasuk Sungai Pelek terpaksa berdepan dengan pengurangan peruntukan sedangkan rakyat mengharapkan bantuan daripada kerajaan Selangor yang terkenal dengan pelbagai inisiatif serta skim bantuan.

"Rizab Selangor juga agak tinggi berbanding negeri lain dan pemotongan beberapa skim bantuan yang dilaksanakan kerajaan Selangor tidak memadai bagi saya," katanya.