LAHAD DATU - Polis menembak mati seorang lelaki warga asing dalam serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Jawa, pagi tadi.
Ketua Polis Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata dalam serbuan jam 6 pagi itu, polis terpaksa melepaskan tembakan selepas suspek berusia 47 tahun berkenaan menghalakan senapang bakakuk ke arah mereka.
Iklan
Iklan
Suspek disahkan maut di tempat kejadian selepas terkena beberapa das tembakan yang dilepaskan anggota polis, katanya pada sidang media, di sini.
Menurutnya polis melakukan serbuan itu selepas menerima aduan suspek memiliki senjata api.
Pemeriksaan lanjut di dalam rumah berkenaan menemukan dua butir peluru penabur dan sebilah parang, katanya menambah kes disiasat menurut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyan 8 Akta Senjata Api 1971 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.- Bernama