Kalau rasa Gojek tak selamat, jangan naik: PM

Iklan
11

PUTRAJAYA - Rakyat masih mempunyai pilihan lain sekiranya bimbang dengan keselamatan diri apabila menggunakan perkhidmatan teksi motosikal atau Gojek.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan tidak memaksa rakyat untuk memilih pengangkutan awam terbaharu yang bakal diperkenalkan itu.

Iklan
Iklan

"Kalau rasa tak selamat, jangan naik. Anda ada pilihan, kita tak paksa gunakan teksi motosikal," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Bersama Pegawai-Pegawai Kerajaan di Perbadanan Putrajaya, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kebimbangan ramai berhubung keselamatan apabila menggunakan teksi motosikal itu.

Iklan

Mengulas lanjut mengenai teksi motosikal itu, Dr Mahathir berkata, pelaksanaan perkhidmatan teksi motosikal itu juga dilihat dapat membantu pengusaha tempatan yang menjalankan perniagaan kecil.

"Jika Gojek datang ke sini, ia akan memberi manfaat kepada peniaga kecil," katanya.

Iklan

Dalam pada itu, ditanya mengenai bantahan ramai pihak terhadap pelaksanaan teksi motosikal itu, beliau menjelaskan adalah menjadi perkara biasa ada pihak yang tidak bersetuju.

"Iyalah... ada yang tak puas hati. Sesetengah pihak akan menentang tetapi kita mahu tahu ia memberi manfaat kepada negara atau sebaliknya," katanya.

Semalam, Kabinet sebulat suara meluluskan modal ekonomi Gojek atau Dego Ride.

ARTIKEL BERKAITAN: Gojek tak Islamik: Mufti Selangor

Gojek: Kematian libatkan pengguna motosikal masih tinggi

Gojek dapat lampu 'lampu hijau' Putrajaya