'Nasi 100' adunan herba, ulaman Thailand-Kelantan

Iklan
Mohd Aidil Afizie (kanan) menunjukkan Nasi 100 yang perlu dicuba kerana kelainan rasanya pada Festival Makanan dan Warisan Asean Kelantan 2019 di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV.

KOTA BHARU - Hidangan Nasi 100 yang menjadi santapan diraja pada zaman dahulu antara menu menarik patut dicuba pada Festival Makanan dan Warisan Asean Kelantan 2019.

Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Kelantan (Motac), Mohd Aidil Afizie Daud berkata, menu tersebut antara 102 jenis makanan disediakan pada pesta bermula hari ini sehingga 31 Ogos nanti di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV.

Iklan
Iklan

"Nasi 100 ini bukanlah 100 jenis nasi, tetapi nasi yang dimasak dengan adunan 100 jenis herba serta ulaman dari Kelantan dan Thailand. Sama seperti nasi kerabu Kelantan tetapi ada kelainan dari segi rasanya yang perlu dicuba.

Nasi 100

"Makanan unik warna kekuningan ini antara yang kita tonjolkan dan setakat ini belum lagi diwartakan sebagai warisan. Kuih-muih tradisional juga kita sediakan,” katanya kepada media di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV semalam.

Iklan

Turut sama meninjau hari pertama festival tersebut ialah Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Kelantan (JKKN), Mohd Raizuli Jusoh.

Mohd Aidil Afizie berkata, festival julung kali diadakan di Kelantan bersempena Tahun Melawat Malaysia 2020 itu turut menyajikan makanan popular dari Kemboja (colek kolok), ayam penyet mengenyat original Indonesia dan pelbagai makanan istimewa Thailand.

Iklan

Bukan itu sahaja katanya, terdapat 147 jenis air turut dijual di gerai yang disediakan dan pastinya memberi kepuasan kepada pengunjung untuk membuat pilihan.

"Kita menjangkakan seramai 50,000 hingga 100,000 pengunjung akan membanjiri tapak festival sepanjang 10 hari berlangsungnya program ini.

"Kita juga jangka mampu kutip jualan RM1 juta dengan mengambil kira musim cuti dan juga tarikan makanan serta program-program yang telah disusun atur sepanjang masa,” katanya.

Menurutnya, festival bermula jam 10 pagi hingga 12 malam itu juga akan dimeriahkan dengan pertandingan mewarna, permainan tradisional, silap mata, demo pandai besi selain menampilkan artis popular iaitu Hael Husaini.