Kempen #QuranHour bakal ke Maldives

Iklan
Marhaini (dua kari kiri) dan Mohamed Hanim (dua dari kanan) bertukar-tukar dokumen yang ditandatangani sambil disaksikan Muhammad Nasir (tiga dari kiri). - Foto ASRIL ASWANDI SHUKOR

SHAH ALAM - Inisiatif kempen #QuranHour dijangka akan turut diperluaskan ke Maldives pada tahun hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Marhaini Yusoff berkata, usaha ke arah itu sedang digiatkan melalui pertemuan dengan wakil dari negara itu dengan harapan ia mampu menjadi kenyataan.

Iklan
Iklan

"Kita harap dengan pertemuan hari ini (Rabu) akan membuka jalan untuk kita bergerak antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Maldives.

"Walaupun belum ada perjanjian rasmi tetapi kita telah menyatakan hasrat untuk bersama-sama kerajaan Maldives bagi mengendalikan World #QuranHour pada 13 Mei 2020.

Iklan

"Selain itu, kita juga harap Maldives boleh melaksanakan sendiri Maldives #QuranHour serentak dengan Malaysia #QuranHour pada 25 Julai 2020.

"Secara kebetulan, tarikh itu adalah sehari sebelum sambutan hari kemerdekaan Maldives,” katanya selepas pertemuan dengan wakil dari Maldives, Mohamed Hanim di sini pada Rabu.

Iklan

Turut hadir dalam pertemuan itu, Presiden Kumpulan merangkap Pengerusi Eksekutif Wannaser Group of Companies, Datuk Seri Dr Wan Mohd Nasser Ismail serta Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah.

Muhammad Nasir (duduk, dua dari kiri) bersama Mohamed Hanim (duduk, kiri) mengangkat plakad sebagai tanda sokongan terhadap program #QuranHour. - Foto ASRIL ASWANDI

Mengulas lanjut, Marhaini berkata, Maldives merupakan sebuah negara yang banyak mempraktikkan nilai-nilai daripada al-Quran dan ia sewajarnya dikongsi bersama ke seluruh dunia.

"Tak cukup dengan Malaysia saja mengeluarkan nilai-nilai yang ada dalam al-Quran tapi kita harap, ia juga digali di seluruh dunia termasuk Maldives.

"Semangat itu kemudiannya kita mahu kongsikan dengan negara-negara lain. Misi kita ialah ke arah mengqurankan bangsa dan mengikhlaskan ummah dalam tempoh 60 tahun akan datang,” katanya.

Sementara itu, Mohamed yang juga bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri Maldives berkata, beliau akan cuba membawa idea #QuranHour untuk perhatian kerajaan negaranya.

"Saya fikir #QuranHour adalah satu inisiatif penting untuk menggalakkan lebih ramai orang membaca al-Quran. Saya akan cuba memberi penekanan kepada persetujuan MoU (perjanjian persefahaman) antara kedua-dua negara bagi melebarkan kerjasama kempen ini.

"Saya yakin kerajaan Maldives akan menerima baik kempen ini. Lebih-lebih lagi, di Maldives sendiri amat mementingkan pembelajaran al-Quran sejak usia kanak-kanak,” katanya.