Cukuplah dengan permainan politik kotor ini

Iklan

SHAH ALAM - Seorang ahli perniagaan kosmestik yang kononnya dikaitkan mempunyai hubungan mesra dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang membuat tuduhan berkenaan.

Berkongsi di Instagramnya Adrielle Iman berkata, dia bukanlah seperti yang didakwa kerana dia seorang yang bermaruah.

Iklan
Iklan

"Saya cari duit yang halal menerusi titik peluh saya sendiri , saya ada maruah keluarga saya juga ada maruah," katanya.

Dia berkata demikian selepas gambarnya menghadiri majlis semasa pilihan raya kecil Port Dickson dan satu klip video tular di media sosial.

Iklan

Beliau berkata kehadirannya di majlis tersebut adalah sebagai ketua pegawai eksekutif AV Perfume dan duta Quantum Metal, penaja lima majlis yang disertai presiden PKR itu ketika berkempen.

"Saya sokong dan memainkan peranan saya sebagai duta sahaja tidak ada apa-apa yang peribadi,” katanya.

Iklan

"cukuplah dengan permainan kotor politik ini, saya tidak layak diperkenakan sebegini, saya hanya rakyat biasa dan penyokong.

"Video saya bogel itu mana ada muka Anwar? Nak editor lagi padu saya boleh cadang videographer saya, dia edit lagi ‘tip top’ setakat video itu tidak lakulah bro,” katanya