GEORGETOWN - Nasib Exco Perak, Paul Yong Choo Kiong akan ditentukan oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP berhubung tuduhan kes rogol pembantu rumahnya yang kini dibawa ke mahkamah.
Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, untuk sementara ini parti itu belum membuat sebarang keputusan atau pendirian terhadap Paul Yong.
Iklan
Iklan
Menurutnya, Jawatankuasa CEC DAP juga belum mengadakan mesyuarat bagi membincangkan perkara tersebut.
"Kes ini sudah dibawa ke mahkamah dan buat masa ini kita biarkan ia dijalankan mengikut undang-undang.
"Parti menghormati proses undang-undang yang sedang berlangsung dan menyerahkan kepada mahkamah untuk mengadili kes tersebut," katanya di sini hari ini.