Cari bapa kandung jadi wali

Iklan
Che Razali

KUALA TERENGGANU – Seorang gadis, Noor Iliani Che Razali, 22, mencari bapa kandungnya untuk menjadi wali pernikahannya yang dijadualkan berlangsung pada 19 September ini.

Noor Iliani yang bekerja sebagai pembantu kedai berkata, dia terpisah dengan ayahnya, Che Razali Che Mat, 62, selepas kedua ibu bapanya bercerai sejak 21 tahun lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya yang tinggal di Wakaf Tapai, Marang, kali terakhir mereka bertemu adalah ketika berusia 16 tahun semasa bapanya datang menjenguknya di sini.

"Saya difahamkan ayah sekarang tinggal di Pasir Gudang, Johor, tapi usaha mencarinya gagal. Oleh itu saya harap ayah boleh tampil untuk menjadi wali pernikahan saya,” katanya.

Iklan

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Che Razali dapat menghubungi Noor Iliani di talian 013-7442457.

Iklan