Pasangan Britain ditahan polis sekembalinya dari Makkah

Iklan

LONDON - Satu pasangan Muslim mendakwa mereka mengalami pengalaman 'memalukan' apabila ditahan polis anti-pengganas dan terpaksa menjalani pemeriksaan selama lima jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow di United Kingdom, sekembalinya dari mengerjakan haji di Makkah.

Menurut Muhammed, 35, isterinya turut dipaksa menanggalkan tudung ketika gambar wajahnya dirakam polis.

Iklan
Iklan

Lebih pelik, mereka turut diminta memberi pandangan peribadi mengenai Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump serta diminta menjelaskan siapa individu yang ditemui sepanjang berada di Arab Saudi.

Kata Muhammed, dia dan isteri tiba di Heathrow selepas menaiki pesawat transit dari Turki.

Iklan

"Ada beberapa keluarga tiba di Heathrow dari Turki...Islam dan bukan Islam. Tetapi kami didatangi polis antipengganas kerana kami mempunyai ciri-ciri orang Islam.

"Selepas itu kami diminta mengikuti mereka untuk disoal siasat. Ia situasi yang amat memalukan dan benar-benar menjatuhkan maruah kami," katanya.

Iklan

Di bawah Jadual 7 Akta Keganasan 2000, mana-mana individu dibenarkan ditahan sehingga tujuh jam di pintu sempadan jika pegawai antikeganasan mengesyaki individu terbabit terlibat dengan aktiviti militan.

Mereka yang ditahan pula tiada hak untuk berdiam diri, perlu menyerahkan telefon bimbit dan komputer riba bersertakan kata laluan, termasuk cap ibu jari dan DNA.

Tambah Muhammed:"Kami diasak dengan pelbagai soalan sehinggalah diminta memberi pendapat mengenai Trump. Kemudian, mereka tanya pandangan kami mengenai serangan berdarah di Manchester. Selepas segalanya selesai, mereka meminta maaf kerana menimbulkan rasa tidak selesa...tidak masuk akal."

Kata Muhammed, dia berpendapat Jadual 7 mendiskriminasikan orang Islam dan bermotifkan Islamafobia. - Agensi