RM14 juta tunggakan kompaun

Iklan
Fadzilla (tengah) bersama rakan strategik MPK dalam program Kembali Ke Sekolah di Kompleks Ibu Pejabat MPK.

KUANTAN - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) akan memaksimumkan usaha dan kaedah pengutipan RM14 juta tunggakan kompaun kesalahan trafik yang masih belum dibayar sejak 2010.

Yang Dipertuanya, Datuk Fadzilla Salleh berkata, ini termasuklah menghantar notis ke alamat surat-menyurat dalam dan luar Pahang, merujuk kes ke mahkamah selain menjalankan ‘Ops Waran Tangkap’ bersama polis dengan berkunjung ke rumah orang kena saman.

Iklan
Iklan

"Kami meminta mereka yang mempunyai notis saman hadir membuat pembayaran dan manfaatkan Hari Bertemu Pelanggan MPK jika tidak nama mereka boleh dibawa ke unit Undang-Undang dan Pendakwaan MPK.

"MPK melalui Unit Penguatkuasaan akan turun padang bagi membolehkan mereka menjelaskannya dengan segera.

Iklan

"Tunggakan saman kesalahan lalu lintas tersebut termasuklah bagi kesalahan parkir dan menghalang lalu lintas,” katanya pada sidang media Hari Bertemu Pelanggan MPK dan Program Smart Partnership Back To Shcool di Ibu Pejabat MPK di sini, hari ini.

Dalam program tersebut, lebih 500 orang ramai memenuhi kaunter One Servis aras bawah Kompleks Ibu Pejabat MPK di sini dengan 200 daripadanya adalah pelajar yang menerima bantuan persekolahan.

Iklan

Pelajar yang dikenal pasti dalam senarai daftar E Kasih itu menerima bantuan seperti alat tulis, beg sekolah dan baucar belian barangan sekolah bernilai RM70 seorang.

Fadzilla (tiga, kiri) menyampaikan sumbangan peralatan sekolah kepada salah seorang pelajar.

Fadzilla berkata, Program Back To School atau Kembali Ke Sekolah merupakan satu amal komuniti bertujuan untuk membantu persediaan pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan

"Program ini juga merupakan tanggung jawab sosial korporat (CSR) daripada para penaja dan penyumbang sebagai pelengkap serta kesinambungan kemudahan yang disediakan kerajaan.

"MPK telah menjalankanya selama tiga tahun berturut-turut yang mana para penaja program juga mendapat manfaat berupa kupon dan kotak parkir percuma daripada MPK, mengikut tempoh dan syarat tertentu dalam pakej penajaan.

"Saya percaya bantuan dalam pendidikan terutama dari segi kewangan merupakan pelaburan tidak ternilai kerana tiada negara kaya dengan ilmu menjadi miskin dan tiada negara miskin ilmu menjadi kaya seperti kata Nelson Mandela, pendidikan adalag senjata yang paling berkuasa untuk merubah dunia,” katanya ketika merasmikan program tersebut.

Beliau turut mengingatkan para penerima bantuan agar hadir ke sekolah dan memberi tumpuan penuh kepada pelajaran.

Agensi lain yang terlibat adalah Allaince Steel (M) Sdn Bhd, UPC Chemical (M) Sdn Bhd, LLT Grouo Malaysia sdn Bhd, Ten Ten Shop Sdn Bhd, Etiqa General takaful Sdn Bhd, KPJ Pahang Specialist Hospital, Franky Development Sdn Bhd, Bukit Gambang Resort City, Melima Assets Sdn Bhd, Juruukur Jauhari dan Studio 8-Art & Design.

Ibu bapa turut diingatkan untuk tidak menjadikan kekangan kewangan sebagai alasan anak-anak tercicir dalam persekolahan dan malas untuk memajukan diri.

Menurutnya, ini kerana banyak bantuan disediakan oleh pihak kerajaan menerusi pelbagai agensi dan jabatan, juga pihak NGO dan persendirian.

"Segala bentuk yang diberikan harus digunakan dengan baik agar dapat meningkatkan kecemerlangan anak-anak.

"Ingin saya nyatakan bahawa bantuan yang disalurkan dalam apa bentuk sekali pun diharap menjadi pemangkin kecemerlangan pelajar dalam akademik dan kokurikulum," katanya.