Kerajaan kaji dakwaan pakar PBB mengenai kadar kemiskinan negara: PM

Iklan
Dr Mahathir

PETALING JAYA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan akan mengkaji dakwaan yang dibuat oleh pakar hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengenai kadar kemiskinan di negara ini.

"Kita akan mengkaji apa yang mereka katakan untuk mengetahui sama ada ia benar atau tidak,” kata beliau ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis makan malam amal dan Ulang Tahun ke-4 MyPerintis di sini malam ini.

Iklan
Iklan

Pelapor Khas PBB mengenai kemiskinan tegar dan hak asasi manusia, Philip Alston dilaporkan berkata bahawa angka rasmi mengenai kemiskinan di negara ini sebahagian besarnya tidak tepat dan tidak mencerminkan keadaan sebenar.

Alston sebagai berkata bahawa angka rasmi bergantung pada langkah-langkah lapuk dengan garis kemiskinan kekal di tahap yang sama selama beberapa dekad walaupun kos kehidupan yang semakin tinggi.

Iklan
Iklan

Ketika ditanya sama ada kerajaan akan mengubah kaedah untuk mengukur tahap kemiskinan susulan dakwaan itu, Dr Mahathir berkata:"Sekiranya perlu, kita akan berbuat demikian." - Bernama