270 ekor ayam sabung bernilai lebih setengah juta dirampas

Iklan

KUALA PERLIS - Sebanyak 270 ekor ayam sabung dianggar bernilai RM675,000 yang dipercayai untuk diseludup ke negara jiran dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis.

Pengarah JKDM Perlis, Wan Nor Wan Mamat berkata, sepasukan anggota Cawangan Marin JKDM, Kuala Perlis menahan sebuah kapal milik warga Indonesia di perairan negara kira-kira 6 pagi, Jumaat sebelum pemeriksaan menemukan kesemua ayam sabung tersebut.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, pihaknya turut menahan lima lelaki warga Indonesia berumur antara 20 hingga 50 tahun yang kemudiannya direman selama 15 hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 135 (1)(b) Akta Kastam 1967.

Katanya, siasatan awal mendapati ayam tersebut datang dari Thailand untuk dibawa ke Indonesia.

Iklan
Iklan

"Seekor ayam ini dianggarkan dijual pada harga RM2,000 hingga RM3,000 dengan baka yang baik mendapat harga lebih tinggi," katanya dalam sidang media di sini, hari ini. - Bernama