19 tahun tinggal di tandas awam

Iklan
Susulan kisah dan gambar Karuppayi yang dikongsi di media sosial, ramai pihak kini tampil untuk membantu warga emas berkenaan.

TAMIL NADU - Tidak semua bernasib baik dapat menetap di rumah yang selesa.

Begitulah yang terjadi kepada seorang warga emas yang terpaksa tinggal di tandas awam selama lebih 19 tahun.

Iklan
Iklan

Menurut laporan agensi berita ANI, wanita berusia 65 tahun bernama Karuppayi itu tinggal di tandas awam di kawasan Ramnad di Madurai, Tamil Nadu.

Bekerja sebagai pencuci tandas dengan gaji Rs70 (RM4) sehari tidak membolehkannya untuk hidup mewah.

Iklan
Susulan kisah dan gambar Karuppayi yang dikongsi di media sosial, ramai pihak kini tampil untuk membantu warga emas berkenaan.

"Saya pernah memohon pencen warga emas namun tidak berjaya.

"Kerana tidak mempunyai sumber pendapatan lain, saya terpaksa tinggal di tandas ini," kata Karuppayi yang mempunyai seorang anak namun tidak pernah menjengahnya.

Iklan

Susulan kisah dan gambar Karuppayi yang dikongsi di media sosial, ramai pihak kini tampil untuk membantu warga emas berkenaan.

Beberapa pengguna media sosial turut meminta agensi kerajaan untuk membantu meringankan beban Karuppayi. - Agensi