Makam 227 tahun sah milik Datuk Laksamana Kedah
Iklan
Dr Ibrahim (kanan) bersama Syamsul Anuar menunjukkan makam lama yang disahkan milik Datuk Laksamana Kedah di Kampung Pisang, Kangchut, Alor Setar.
ALOR SETAR - Sebuah makam lama berusia 227 tahun di Kampung Pisang, Kangchut dekat sini disahkan oleh Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) sebagai milik Paduka Seri Laksamana Maharaja yang bertarikh 8 Ogos 1792.
Berdasarkan buku At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, Paduka Seri Laksamana Diraja adalah gelaran pangkat bagi menteri keempat dalam Kesultanan Kedah.
Iklan
Iklan
Pengerusinya, Dr Ibrahim Bakar berkata, bagaimanapun nama sebenar pemilik makam itu tidak dapat dipastikan apabila hanya tertera nama Paduka Seri Laksamana Maharaja Ibni Paduka Seri Laksamana Raja di kepuk makam tersebut.
Menurutnya, berdasarkan tarikh kematian yang dikenal pasti, pihaknya menyimpulkan laksamana itu adalah menteri pada zaman dua kesultanan Kedah iaitu Sultan Mohamad Jiwa Zainal Adilin Muadzam Shah II (1710-1778) dan Sultan Abdullah Mukarram Shah (1778-1797).
Iklan
Kawasan perkuburan lama dibersihkan secara sukarela oleh MJJ Maintenance Sdn Bhd bagi memudahkan PSMCK membuat kajian dan memulihara kawasan bersejarah tersebut.
"Kawasan perkuburan lama ini sudah diketahui sekitar 1960 lagi, namun identiti pemilik makam ini adalah milik pembesar hanya diketahui selepas kami membuat penyelidikan hasil maklumat dari tulisan jawi yang terdapat di kepuk makam ini.
"Sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) sejarah di negeri ini, kami berharap agar kawasan perkuburan dapat dijaga dan dipagar kerana ia adalah satu tinggalan sejarah berharga.
Iklan
"Masih banyak lagi kajian yang perlu dilakukan terhadap makam-makam lain yang berada di sekitar kawasan perkuburan lama ini," katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah, Syamsul Annuar Ismail berkata, hasil kajian lanjut penyelidik menjumpai beberapa penemuan menarik mengenai Datuk Laksamana Kedah.
Menurutnya, Paduka Seri Laksamana Maharaja mempunyai hubungan yang baik dengan Francis Light yang merupakan wakil Syarikat Hindia Timur Inggeris pada waktu tersebut.
Cop Mohor Laksamana Kedah yang terdapat pada enam surat yang diutuskan kepada wakil Syarikat Hindia Timur, Francis Light.
"Terdapat enam surat yang diutuskan oleh laksamana berkenaan kepada Francis Light dan surat bertarikh paling awal adalah pada 12 Mac 1768 iaitu surat perjanjian Laksamana Kedah kepada Francis Light mengenai ambilan yang dihantar ke Pulau Salang," katanya.
Tambah Syamsul Anuar, lebih menarik berdasarkan makalah 'Mengenali Asal Usul Keturunan dan Keluarga' yang diterbitkan oleh Pertubuhan Wasilah Keturunan Wan Kedah Malaysia, Paduka Seri Laksamana Maharaja adalah bapa mentua kepada Sultan Abdullah Mukarram Shah melalui perkahwinan anakandanya, Wan Kamaliah dengan sultan.
Turut disahkan dalam penemuan seterusnya di kawasan perkuburan lama itu adalah makam milik Wan Halijah Wan Mohd Akib iaitu isteri kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Wan Mohd Saman Wan Ismail.
PSMCK membuat kesimpulan berdasarkan maklumat yang terdapat di kepuk makam lama tersebut.
Turut disahkan dalam penemuan berikutnya adalah makam Wan Aisyah Wan Mohd Taib iaitu cucu kepada Datuk Temenggung Anggota Desa, Datuk Wan Musa yang syahid semasa Siam menyerang Kota Kuala Kedah pada tahun 1821.
Dalam pada itu, perkuburan bersejarah itu mendapat perhatian penduduk setempat yang juga Pengarah Urusan MJJ Maintenance Sdn Bhd, Mohammad Jaafar untuk membantu membersihkan kawasan tersebut secara sukarela.
Menurutnya, beliau terpanggil untuk sama-sama membantu Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah memulihara kawasan tersebut kerana mampu menjadi tatapan sejarah untuk generasi muda hari ini dan masa hadapan.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam