Troll menyalahi syarak berdosa

Iklan
Zulkifli Mohamad - Foto Bernama

SHAH ALAM - Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad berpendapat perbuatan troll di media sosial yang membawa ciri-ciri menyalahi syarak adalah dilarang.

Menurutnya, perbuatan berkenaan boleh membawa kepada dosa.

Iklan
Iklan

"Namun demikian, troll jika dilakukan sekadar sindiran dengan bahasa kiasan tanpa menjatuhkan maruah peribadi seseorang, tetapi lebih kepada teguran atau nasihat secara berhikmah, maka ia tidak mengapa,” katanya dalam catatan di laman sesawang rasminya hari ini bertajuk Al-Kafi #1006: Hukum Troll Dalam Media Sosial.

Dalam catatan itu, Zulkifli memberitahu, apa yang lebih membimbangkan adalah apabila internet trolling yang dilakukan pada masa kini bukan sekadar dalam bentuk mesej bertulis, tetapi adakalanya dilakonkan dalam bentuk klip video pendek dan gambar yang diubahsuai berserta dialog yang dicipta sendiri menggunakan aplikasi tertentu.

Iklan

"Kebanyakannya didapati mengandungi unsur menghina, memperlekeh, menyindir, mengejek nama, tubuh badan dan perilaku, menghasut, menyebarkan pendustaan, membangkitkan permusuhan, menyemai kebencian dan menjatuhkan maruah individu yang menjadi mangsa troll.

"Jika begini yang dimaksudkan dengan troll, maka ia jelas bertentangan dengan akhlak dan adab Islam,” katanya.

Iklan

Zulkifli menambah, dalam konteks media sosial, interaksi seseorang menjadi sangat luas dan terbuka, di dalamnya ada orang yang kita kenal dan ada yang tidak dikenali, begitu jua sebaliknya.

"Di sini menuntut kita untuk berlaku jujur dan beradab dengan adab Islam yang tinggi. Seseorang tidak sepatutnya bersikap tidak bertanggungjawab dengan melontarkan apa sahaja yang mahu dikatakan atau dikongsikan tanpa berhati-hati.

"Mungkin ia menyangkakan itu remeh tetapi di sisi ALLAH SWT ia amat berat,” katanya.

Troll merupakan slanga internet yang merujuk kepada perbuatan individu yang samaada untuk memulakan pertengkaran atau mengalihkan perhatian atau menyebarkan perselisihan dalam media sosial dengan menyiarkan mesej bersifat provokatif, sarkastik dan agresif yang jauh berbeza dengan topik asal perbincangan.

Ia bertujuan menghasut pembaca memberikan respon secara emosional sama ada sekadar berjenaka atau dengan matlamat tertentu.

Pelaku troll biasanya membuka akaun palsu menggunakan profil mangsa mereka untuk dijadikan bahan sindiran dan jenaka.

Kebanyakan mangsa merupakan golongan ternama terutama ahli politik dan tokoh-tokoh terkenal. Pelaku troll juga menggunakan nama samaran dan profil palsu (pseudonym) untuk melakukan serangan peribadi ke atas individu lain.