Kerajaan serius atasi kesesakan Tambak Johor

Iklan

KUANTAN - Kerajaan serius mengatasi masalah kesesakan di Tambak Johor yang menjadi laluan keluar masuk Malaysia-Singapura.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, Kabinet telah meluluskan peruntukan awal kira-kira RM70 juta bagi mengurangkan kesesakan di laluan tersebut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kerajaan menerusi Kementerian Dalam Negeri telah membincangkan isu tersebut menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Rabu lalu.

"Mesyuarat pertama itu juga telah meluluskan peruntukan awal berjumlah RM70 juta. Walaupun peruntukan tersebut tidak mencukupi untuk menyelesaikan permasalah tersebut sepenuhnya namun kewangan tersebut mampu menambah baik laluan itu dengan segera," katanya kepada media selepas merasmikan program 'Trash Challenge 2019' anjuran Sekolah Menengah Kebangsaan Astana dan Villa Rose Mawar di Pantai Batu Hitam di sini hari ini.

Iklan

Saifuddin berkata, kerajaan kini sedang mengkaji dan mencari langkah terbaik bagi mengatasi kesesakan di kawasan tersebut yang sering menjadi rungutan khususnya rakyat Malaysia yang bekerja di sana.

"Antara perkara saya boleh sebut yang kita cuba selesaikan secepat mungkin ialah menambah bilangan petugas Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen, menambah lorong serta membina laluan pejalan kaki berbumbung.

Iklan

"Selain itu, kita juga akan menambah baik sistem dan menggunakan pendekatan teknologi seperti pagar automatik dan pengimbasan muka.

"Kita akan menyelesaikan perkara ini dengan sebaik mungkin dan kita juga berharap agar negara Singapura menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan mereka dengan segera," katanya.