Amaran angin kencang, laut bergelora Sabtu ini

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Angin kencang dan laut bergelora kategori kedua dijangka berlaku di kawasan perairan utara Condore, utara Reef North dan utara Palawan bermula esok sehingga 3 Januari depan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan keadaan angin kencang timur laut dengan kelajuan 50-60 kilometer sejam (km/j) sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Iklan
Iklan

Fenomena angin kencang timur laut berkelajuan 40-50 km/j dengan ketinggian ombak mencecah sehingga 3.5 meter juga dijangka berlaku di kawasan perairan selatan Condore, Bunguran, selatan Reef North, Layang-Layang, Reef South, selatan Palawan, Labuan dan Sabah Barat dalam tempoh sama.

Keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut, menurut kenyataan itu.- Bernama

Iklan
Iklan