Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad kini dibuka semula

Iklan
Mohammadin (empat, kanan) dan Mohd Asmirul (tiga, kanan) sempat meninjau keadaan di luar Rumah Mahathir Mohamad selepas meninjau suasana di dalam rumah tersebut.

ALOR SETAR - Kompleks Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad yang dibuka semula hari ini secara rasmi mampu menjadi salah satu destinasi daya tarikan pelancongan yang meminati sejarah warisan di negeri Kedah.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, kerajaan Pusat dengan kerjasama Kerajaan Kedah akan terus memperkasakan kompleks tersebut sebagai destinasi pelancongan utama kerana mempunyai kaitan nilai sejarah seorang negarawan terbilang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, 396,233 orang pelancong dari dalam dan luar negara telah melawat kompleks tersebut bermula tahun 2013 sehingga 2017.

"Pada 2018 kompleks ini telah ditutup untuk kerja-kerja baik pulih dan naik taraf dengan teknologi baharu berbentuk animasi hologram serta tiga dimensi (3D).

Iklan

"Saya berharap pembukaan semula kompleks ini akan menarik lebih ramai pengunjung yang mahu mendapatkan maklumat dan gambaran awal Tun Dr Mahathir yang dilahirkan dan dibesarkan di sini," katanya pada sidang media selepas Majlis Pembukaan Semula Kompleks Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad, di sini hari ini.

Pengurus Kompleks Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad, Nur Insyirah Ibrahim (dua dari kiri) menunjukkan cawan dan pinggan yang digunakan keluarga Mahathir suatu ketika dahulu kepada Mohammadin (kanan).

Jelasnya, kompleks berkenaan dibaik pulih sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1990, 2000 dan 2017.

Iklan

"Projek penaiktarafan kali ketiga melibatkan susun atur ruang pameran dan pembesarannya telah mengambil masa setahun dengan kos sebanyak RM1.8 juta," katanya.

Hadir sama pada Majlis Pembukaan Semula Kompleks Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad adalah Exco Belia dan Sukan, Pelancongan, Seni dan Budaya Kedah, Mohd Asmirul Anuar Aris dan Ketua Pengarah Arkib Negara, Datuk Azemi Abdul Aziz.