Didera kerana tidak basuh pinggan

Iklan
Mangsa dirawat di HTAR Klang untuk rawatan lanjut.

KLANG - Seorang kanak-kanak perempuan cedera selepas dipercayai didera dan dipukul oleh ibu saudaranya hanya kerana tidak membasuh pinggan.

Kejadian itu hanya disedari ibu mangsa selepas dimaklumkan pihak sekolah anaknya di Klang selepas mendapati terdapat kesan bengkak di jari tangan dan punggung, benjol di bahagian dahi, kesan luka lama diatas kepala, lebam bahagian celah paha dan belakang badan.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, ibu mangsa berusia 47 tahun diberitahu perkara itu pada Rabu lalu.

"Rakaman percakapan ibu mangsa mendapati anaknya berusia 12 tahun itu dijaga oleh ibu saudaranya di Bandar Botanik, Klang dengan bayaran RM600 sebulan. Ibu mangsa hanya melawat anaknya sebulan sekali memandangkan dia bekerja kilang di Kapar, Klang," katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Shamsul Amar berkata, bagaimanapun sepanjang melawat anaknya sebelum ini, mangsa tidak pernah mengadu mengenai kejadian tersebut.

"Hasil rakaman percakapan mangsa mendapati dia telah dipukul oleh emak saudaranya beberapa kali berpunca kerana mangsa tidak membasuh pinggan mangkuk. Mangsa kerap kali dipukul dengan menggunakan kayu," katanya.

Iklan

Tambahnya, mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan.

Susulan itu, polis telah menahan ibu saudara mangsa berusia 38 tahun di rumahnya di Taman Botanik Klang, kira-kira jam 12.30 tengah malam.

"Suspek kini direman selama tujuh hari sehingga Jumaat depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.