Lebih 100 cedera di sempadan Gaza

Iklan
Anggota paramedik dan orang ramai mengusung seorang mangsa yang cedera terkena peluru hidup dilepaskan tentera Israel.

RAMALLAH - Tentera rejim Zionis melepaskan tembakan peluru getah bagi menyuraikan penduduk Palestin yang menyertai bantahan mingguan di sepanjang pagar sempadan Gaza-Israel semalam.

Tindakan keras Israel itu menyebabkan sekurang-kurangnya 122 penduduk Palestin cedera.

Iklan
Iklan

Kementerian Kesihatan Gaza berkata, daripada jumlah tersebut 50 mangsa termasuk tiga anggota paramedik terkena peluru hidup dilepaskan tentera Israel.

Selain cedera akibat ditembak, kebanyakan mangsa juga mengalami sesak nafas akibat terhidu gas pemedih mata.

Iklan

Bantahan dikenali sebagai 'Great March of Return' itu telah memasuki minggu ke-71 sejak tercetus pada 30 Mac tahun lalu.

Perhimpunan setiap Jumaat itu bertujuan meningkatkan tekanan kepada Israel supaya melonggarkan sekatan dan kepungan yang dikenakan ke atas Gaza sejak 12 tahun lalu.

Iklan

Ia juga bertujuan menuntut hak untuk pulang ke kampung halaman dan tanah yang dirampas oleh rejim Zionis pada 1948. - Agensi