KUALA TERENGGANU - Seramai 114 pegawai dan anggota polis di seluruh negeri ini sudah menjalani ujian saringan air kencing bagi mengesan mereka terlibat dengan aktiviti dadah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Terengganu, Superintendan Roslan Tahir berkata, ujian saringan awal tersebut dibuat bersempena Op Blue Devil yang dijalankan serentak di seluruh negara sejak 13 Ogos lalu.