KPWKM lancar Modul Keibubapaan Datuk Nenek

Iklan
Dr Wan Azizah (kanan) melihat buku Modul Keibubapaan Datuk Nenek sempena Program Santuni Rakyat Peringkat Negeri Kedah anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) hari ini. - Foto Bernama

ALOR SETAR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melancarkan Modul Keibubapaan Datuk Nenek bagi membantu datuk dan nenek dalam memberi sokongan nilai kekeluargaan kepada generasi cucu cicit mereka.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, modul itu dibangunkan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Iklan
Iklan

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, modul berkenaan dilaksanakan dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) warga emas dan diharap lebih banyak NGO tampil mengikuti modul ini bersama LPPKN nanti.

"Kita melihat bahawa Modul Keibubapaan Datuk Nenek ini memperkenalkan transformasi konsep dan peranan datuk nenek dalam alaf baharu.

Iklan

"Jadi kita berharap kumpulan sasar, datuk dan nenek dapat mengoptimumkan peranan mereka khusus untuk faedah kesejahteraan diri sendiri serta generasi anak dan cucu mereka melalui modul itu," katanya.

Wan Azizah berkata sedemikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Program Santuni Rakyat Peringkat Negeri Kedah di Aman Sentral, di sini hari ini.

Iklan

Katanya, kita melihat modul berkenaan bukan hanya memberi faedah kepada golongan datuk nenek sebaliknya juga bermanfaat kepada generasi anak dan cucu.

"Keberkesanan peranan datuk nenek didapati mampu memberi ganjaran rasa puas hati, tenang dan bahagia berikutan berjaya memainkan peranan yang bermakna harus dijiwai oleh datuk dan nenek," katanya.

Tambahnya, generasi anak dan cucu pula menerima faedah sokongan, kasih sayang serta sumber bantuan berasaskan pengalaman daripada datuk nenek yang berjaya memainkan peranan mereka dengan berkesan.

Menurutnya, beliau turut mengalu-alukan kerajaan Kedah untuk menggunapakai Modul Keibubapaan Datuk Nenek di peringkat negeri.