Parti Putra dilancar September

Iklan
Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR - Pelancaran Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dijadual berlangsung di Kampung Baru di sini pada 28 September.

Presiden penajanya, Datuk Ibrahim Ali berkata, ia akan turut menggariskan manifesto dan dasar perjuangan parti itu bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Iklan
Iklan

Beliau berkata setakat ini 111 bahagian parti telah ditubuhkan.

"Kita tidak menghadapi banyak kerumitan kerana ada yang menawarkan diri menjadi pemimpin di peringkat akar umbi, dan kebanyakan yang menyertainya adalah golongan muda dan yang tidak berparti," katanya pada sidang media, hari ini.

Iklan

Ibrahim mengumumkan penubuhan parti itu pada 17 Ogos tahun lepas, dengan membawa agenda menjaga kepentingan umat Islam dan kaum Melayu di samping mempertahankan Perlembagaan Persekutuan. - Bernama

Iklan