Ibu maut anak parah, motosikal bertembung lori

Iklan
Persimpangan masuk ke Taman Chepor Indah dikatakan laluan kerap berlaku nahas kerana ketiadaan lampu isyarat.

IPOH - Seorang wanita maut sementara anak perempuannya parah selepas motosikal ditunggang mereka bertembung dengan sebuah lori di Jalan Jelapang-Chemor berhampiran Taman Chepor Indah hari ini.

Dalam kejadian sekitar jam 12.15 tengahari itu, mangsa dikenali Noorlia Hashim, 49, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala.

Iklan
Iklan

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamad Nordin Abdullah berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika lori yang datang dari arah Chemor hendak masuk ke simpang kanan jalan.

"Ketika sedang membelok, secara tiba-tiba kenderaan itu berlanggar dengan sebuah motosikal jenis Honda Wave yang datang dari arah bertentangan.

Iklan

"Akibat kemalangan, penunggang motosikal terbabit meninggal dunia di tempat kejadian sementara anaknya berusia 30 tahun parah dan masih dirawat di hospital," katanya.

Beliau berkata, pemandu lori berusia 35 tahun telah ditahan polis bagi membantu siasatan yang dijalankan dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Iklan

"Kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan dan telah ditahan bagi tujuan pemeriksaan Puspakom," katanya.

Nahas berkenaan turut tular di media sosial yang mana rata-rata menyifatkan laluan itu sebagai berbahaya.

Kemalangan dikatakan kerap berlaku di persimpangan terbabit kerana ketiadaan lampu isyarat.