'Siasat Moorthy, khianati negara'

Iklan
Pemuda Umno Bahagian Machang membuat laporan polis berhubung dakwaan Moorthy yang mengkhianati negara, hari ini.
MACHANG - Polis digesa melakukan siasatan ke atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy berhubung kenyataan palsu dan fitnah menerusi penularan satu video di Facebook, baru-baru ini.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Machang, Mohd Fakaaruddin Datuk Ismail berkata, tindakan tegas harus diambil ke atas Moorthy yang jelas mengkhianati negara melalui tuduhan yang tidak berasas itu.

Katanya, ucapan sedemikia berniat jahat dengan hasrat menghasut , membangkitkan rasa benci dan menimbulkan ketegangan antara kaum seterusnya mengancam keselamatan negara.

"Ucapan itu jelas mengambarkan seolah-olah Malaysia menghadapi masalah pencabulan hak asasi yang kronik dan penindasan teruk ke atas penganut-penganut agama lain termasuk merobohkan kuil-kuil Hindu dan menafikan hak asasi kaum lain di negara ini.

"Malah, sehingga kini kenyataan dan tohmahan jahat yang ditularkan melalui video di media sosial itu tidak ditarik balik.

"Siasatan dan tindakan tegas perlu diambil ke atas beliau," katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Machang, di sini, hari ini.