Tiada insiden serangan siber sistem di KLIA, KLIA2

Iklan
- Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Tiada insiden serangan siber dikesan setakat ini dalam gangguan sistem rangkaian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) sejak gangguan itu mula dikesan pada 21 Ogos.

Menurut kenyataan dari Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), dapatan awal oleh Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) menunjukkan bahawa gangguan disebabkan kegagalan kelengkapan rangkaian.

Iklan
Iklan

"Pada masa ini, semua usaha difokuskan untuk memastikan operasi di KLIA dan KLIA2 kembali pulih sepenuhnya. MAHB mengambil dan akan terus mengambil semua langkah yang perlu untuk mempercepat proses itu kembali pulih," kata kenyataan tersebut semalam.

NASCA akan terus memantau dan menjalankan siasatan lanjut dengan semua agensi berkaitan. - Bernama

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN:

KLIA kembali normal selepas gangguan sistem tiga hari

Iklan

Huru-hara di KLIA, jangan berulang

Gangguan sistem di KLIA ditangani, kesesakan berkurangan

KLIA alami gangguan sistem