Lampu 2018 tarik 200,000 pengunjung hari pertama

Iklan
Festival Light and Motion Putrajaya 2018 (LAMPU 2018) mewarnai kemeriahan suasana malam di Dataran Putrajaya Presint 3 bermula hari ini sehingga ambang malam Tahun Baru 2019. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Festival Light and Motion Putrajaya 2018 (Lampu 2018) membuka tirainya malam ini dengan disaksikan hampir 200,000 pengunjung.

Bertemakan Warna-warni Putrajaya festival berkenaan akan berlangsung setiap malam sehingga tengah malam 31 Disember bersempena sambutan 2019.

Iklan
Iklan

Perasmian Lampu 2018 disempurnakan oleh Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Datuk Dr Aminuddin Hassim.

Perbadanan Putrajaya dalam kenyataannya yang diedarkan bersempena majlis perasmian Lampu 2018 malam ini, berkata penganjuran yang memasuki tahun keenam itu dijangka menarik sejuta pengunjung.

Iklan

Aminuddin ketika ditemui oleh media pada majlis itu berkata sepanjang festival Lampu 2018 Istana Kehakiman menjadi layar gergasi bagi teknik pencahayaan dengan kesan animasi yang kreatif.

Teknik pencahayaan yang ditampilkan kali ini merupakan teknologi terkini pencahayaan yang menghasilkan kesan 3D dan menonjolkan keunikan perincian seni bina Istana Kehakiman. - Bernama

Iklan