Pencari ketam jumpa mayat di hutan paya bakau

Iklan
Lokasi penemuan mayat jadi tumpuan penduduk. Gambar kecil: Mayat yang ditemui di hutan paya bakau di Kukup oleh pencari ketam, kelmarin.

PONTIAN - Mayat seorang lelaki ditemukan dalam keadaan mereput dengan kepala dan bahagian badan terpisah di kawasan hutan paya bakau di Kukup di sini kelmarin oleh seorang pencari ketam.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mustafa Bakri Salleh berkata, mayat terbabit dipercayai penduduk tempatan berusia lingkungan 40-an.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ketika ditemui kepala mayat masih tergantung dalam keadaan terikat di dahan kayu manakala bahagian badan terapung di permukaan paya bakau.

"Mayat dibawa ke Hospital Pontian untuk bedah siasat. Berdasarkan laporan bedah siasat lelaki berkenaan dipercayai lemas disebabkan terjerut.

Iklan
Iklan

"Daripada keadaan fizikal si mati yang berulat dan mereput, dipercayai sudah meninggal dunia kira-kira satu minggu," katanya.