Bomba sukar dapat bekalan air kerana cuaca panas

Iklan
Kawasan belukar dekat Stesen Mardi Batu 35 yang terbakar semalam.

PONTIAN - Cuaca panas dan kering menyebabkan bomba sukar mendapatkan bekalan air bagi operasi pemadaman belukar seluas kira-kira empat hektar yang terbakar berdekatan Stesen Mardi Batu 35, di sini semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pekan Nanas, Hairon Nizam berkata, bekalan air terpaksa diambil daripada pili air bomba di Stesen Mardi yang terletak dua kilometer dari kawasan belukar yang terbakar.

Iklan
Iklan

Menurutnya, air parit berdekatan kering disebabkan cuaca panas.

"Lapan anggota dan sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kira-kira jam 9.30 pagi.

Iklan

"Api berjaya dipadamkan jam 7.00 petang. Selain masalah air keadaan angin memberi cabaran kepada operasi pemadaman belukar bercampur gambut itu," katanya.

Jelasnya, bomba masih memantau lokasi belukar terbabit bagi mengelak kebakaran berulang dalam masa terdekat.

Iklan