Op Blue Devil Pahang: Enam polis positif dadah

Iklan
Abdul Jalil

KUANTAN - Enam daripada 175 anggota dan pegawai polis yang menjalani pemeriksaan Op Blue Devil di negeri ini didapati positif dadah.

Ketua Polis Pahang, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, lima daripadanya berpangkat Lans Koperal manakala seorang lagi Koperal.

Iklan
Iklan

Menurutnya, operasi yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Negeri Pahang itu bermula pada 12 Ogos dan berakhir pada jam 4 petang, 24 Ogos lalu.

"Semua tangkapan disiasat di bawah Sek 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kini diberi jaminan polis sementara menunggu laporan patologi hospital untuk disiapkan.

Iklan

"Hasil operasi awal mendapati 14 orang pegawai kanan polis yang turut menjalani ujian tersebut didapati negatif dadah. Mereka yang terbabit merupakan anggota bukan pegawai.

"Meski pun jumlah itu tidak membimbangkan tetapi pemantauan akan terus dilakukan dari masa ke semasa dengan serius bagi memastikan tahap keterlibatan badan beruniform ini sifar dadah," katanya.

Iklan

Beliau menegaskan pihaknya akan meneruskan operasi ini untuk memastikan tiada lagi pegawai dan anggota terbabit dengan dadah kerana PDRM bukan tempat untuk penagih dadah.

Operasi Blue Devil dijalankan di setiap kontinjen bertujuan mengesan dan membanteras penyalahgunaan dadah dalam kalangan anggota polis.