KOTA DAMANSARA - Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kota Damansara menganjurkan Festival Ambang Kemerdekaan pada 30 Ogos 2019 bermula jam 8 malam hingga 12.30 malam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Shatiri Mansor berkata, orang ramai khusus di sekitar kawasan itu dijemput hadir bagi memeriahkan acara sambutan ambang kemerdekaan yang akan berlangsung di Star Avenue, Seksyen U5 Subang Bistari, Shah Alam.
"Pada yang berada di luar kawasan DUN Kota Damansara juga dialu-alukan untuk hadir memeriahkan sambutan," katanya.
Menurutnya, acara yang diadakan termasuklah pertunjukan bunga api, persembahan Michael Jackson Malaysia dan juga tarian tradisional.
Selain itu, pengunjung juga digalakkan membawa Jalur Gemilang selain memakai pakaian bertemakan semangat patriotik bertemakan kemerdekaan.
"Pengunjung juga berpeluang membawa pulang hadiah menerusi cabutan bertuah," katanya.
Maklumat lanjut https://www.facebook.com/846837278740835/posts/2401188699972344/