Saya banyak komitmen, tak dapat hadir mesyuarat MPP, kata Zuraida

Iklan
Zuraida berucap pada program yang berlangsung di Hotel Carlton Seksyen 13 hari ini.

SHAH ALAM - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin tidak dapat menghadirkan diri dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang berlangsung hari ini disebabkan mempunyai komitmen lain.

Jelas Ahli Parlimen Ampang itu, ketidakhadirannya dalam mesyuarat itu tidak perlu diperbesarkan kerana faktor kesibukannya dalam hal ehwal parti dan pentadbiran kerajaan yang memegang portfolio Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Iklan
Iklan

"Saya tak datang sebab saya ada beberapa program tadi dan terus ke sini (Mesyuarat Agung Tahunan Wanita Cabang Selangor) untuk perasmian. Ini juga satu tanggungjawab parti yang mana kita harus jalankan tugas untuk perasmian mesyuarat agung," katanya pada program yang berlangsung di Hotel Carlton Seksyen 13 hari ini.

Turut hadir, Ketua Wanita PKR, Haniza Talha dan timbalannya, Dr Daroyah Alwi serta Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Iklan

Katanya, beliau dilabelkan seorang yang rajin hadir mesyuarat sebelum ini namun selepas dilantik menjadi menteri Kabinet komitmen kerja menyebabkan kesuntukan masa menghadiri mesyuarat parti.

"Tak datang mesyuarat tak menjadi isu kerana saya seorang yang rajin datang mesyuarat sebelum ini. Lepas jadi menteri ada kewajipan urusan menjadi menteri perlu diuruskan. Beri saya masa tumpu kementerian, lepas kita stabil Insya-ALLAH kita akan hadir mesyuarat," katanya.

Iklan

Mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi tentang Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa tidak mendapat sokongan dalam Pakatan Harapan (PH) katanya, itu fitnah dan agenda pembangkang menimbulkan keraguan.

"Selaku menteri Kabinet dan Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri yang menerajui kepimpinan, kita harus menyokong dan melakukan tugas-tugas yang diamanahkan mengikut keputusan Kabinet.

"Prestasi menteri dalam kementerian juga dah nampak peningkatan dan mula menunjukkan keserasian, jadi mereka semakin cekap menjalankan tugas masing-masing," katanya.