Bersyukur apabila menerima ujian, jangan merintih

Iklan
BERSABAR apabila diberikan ujian dan terimalah dengan hati yang terbuka. -Gambar hiasan

SEKUAT mana pun kita, adakalanya akan terasa 'lelah' dan 'rapuh' tatkala diuji dalam kehidupan.

Ya, itu lumrah kita sebagai manusia iaitu insan yang ada kelemahannya.

Iklan
Iklan

Namun, ingatlah bahawa ALLAH SWT sentiasa bersama kita dan percayalah bahawa DIA sedang merencanakan sesuatu yang terbaik buat kita.

Sabda Rasulullah SAW:"Ajaibnya perihal seorang Mukmin itu. Sesungguhnya semua urusannya baik-baik belaka dan tiadalah memiliki ciri yang seperti ini melainkan hanya kepada seorang yang Mukmin. Sekiranya dia diuji dengan kesenangan, lalu dia bersyukur, maka syukur itu ialah yang terbaik baginya. Sekiranya dia diuji dengan kesusahan, lalu dia bersabar, maka sabar itu ialah yang terbaik baginya." (Riwayat Muslim)

Iklan

Baginda SAW mengajar kita supaya bersyukur dan sabar ketika diuji.

Hanya mereka yang beriman dan bertakwa sahaja mampu mengucapkan syukur apabila diuji.

Iklan

Sebab apa? Ia kerana kita memerlukan keimanan yang tinggi dan kekuatan emosi terhadap apa yang dilalui.

Sepahit mana pun ujian itu, terimalah dengan hati terbuka dan berlapang dada.

Pada masa sama, kuatkanlah diri dan bangkit mencari penyelesaian.

Sesungguhnya ALLAH itu Maha Penyayang dan DIA turunkan ujian supaya kita tidak terus hanyut dalam dunia yang penuh pancaroba.

(Sumber: Muhd Nasruddin Dasuki)